Guest Post: On Record

Friday, December 16, 2016

By Tariq Fadzin

Assalamualaikum.

Segala apa yang kita taipkan, katakan, videokan secara online ini, pasti ada tersimpan rekodnya di suatu tempat. Apa yang kita tengok, apa yang kita search, walau diclearkan... memang tak ada orang nampak, tapi ada authority yang simpan.

Kalau tak percaya, cuba la buat jenayah online. Tunggu la depa korek keluar semua nanti.

Key point is, all this data boleh direkod kerana kita berinteraksi melalui gadget kita di suatu alam yang dinamakan alam Internet. Depa tak boleh rekod apa yang kita cakap di dalam hati, ataupun apa yang kita cakap secara offline.

Tapi, kalau kita online saja, semua benda depa rekodkan. Even benda yang aku taip ini...

So...

Sekarang kita berada di dalam alam kehidupan ini dan kita berinteraksi dengan dunia kita melalui gadget kita yang power nak mampus yang dinamakan tubuh badan dan pancaindera kita.

Badan kita ni kenderaan saja woii. Yang membaca apa yang aku tulis ini sekarang bukanlah 'kenderaan' tetapi 'pemandu'. Kalau 'kenderaan' yang membaca, lidah kena gerak, mulut kena buka, angin keluar masuk paru-paru kena control.

When you are silently reading this sentence, you are reading it in your own voice without using your mouth, and you are listening to what you have read without using your ears.

You, my friend, is a 'driver'.

Somebody of authority is certainly recording everything.